Rabu, 15 April 2009

UNTUK WANITA......

WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

BACA LAH WAHAI LELAKI........

LELAKI

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

MasyaALLAH...............

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki,
kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,
supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA

Jumaat, 3 April 2009

UNTUK RENUNGAN .....

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya.
Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.
Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

Ahad, 29 Mac 2009

KENAPA LA SUSAH SANGAT.............

kenapa la susah sangat aku nak dapat ni........
susah sangat nak dapat per yang aku inginkan.......
emmm aku dah usaha habis dah usha tetap tak dapat gak....
emmm dah la pening gan kerenah bulan ni......
baru jer nak happy tak juga.....
shit la aku bosan tul la .......... apahal la gan aku apa salah aku apa sialnya aku
susah sangat nak dapat per2 sial sial sial sial........
aku dah penat gan semua ni... aku tak tenang dari dulu sampai sekarg aku tak pnh rasa tenng ...
aku teringin gak nak rasa happy .... tapi kenapa aku tak dapat semua tu......
pemintaan aku ni bukan nya banyak sangat just aku dapat rasa life kat dunia ni sblm tamat hayat aku itu jer aku mintak.....
tapi susah tul aku nak dapat ...... munkin banyak dosa aku masa silam lu...... tapi aku dah tobat ....
aper pblm nya lagi ..... aku nak kan life aku..... kanapa aku takda semua tu.... hidup penuh kebosanan ....hidup penuh kekusutan.... hidup penuh boring.....
ibarat layang-layang putus tali.......

Rabu, 18 Mac 2009

KENAPA....

Ah aku rase hari ni aku tul2 takda mood mula tu ok jer tapi kenapa la tibe2 jer hilang segala mood aku ......
kanapa...kanapa...kanapa...kanapa.....
ah pedulilah betenang ko mesti lehnya asal ko nak pikirkan sal pekara tu......
relek sudah ko bukan ada per2 pun ..... dan ko bukan ada kena megena pun kenapa hang nak emosinalkan.....
jadi ko relek jer ....... lain la kalau hang ada per2 tak per la...... hang sapa nak kawal die kan jadi hang buat taktau dah la.......
ni tak hang duk pikir ..... weiii sedar la yang die tu takda pa2 gan hang jadi hang takyah la duk pikir...... bodoh la hang ni duk pikir buat pa kan ....... wei mana diri hang yang dulu yang tak kesah gan semua tu mana pegi ha habaq mai kat aku .... hang ni takyah la duk berubah jadi org lain hang jadi jer diri hang yang sebenar.......
hang tul2 dah berubah relek k relek jagan gelabah hang jadi diri hang jagan jadi diri org lain k.....
bagus wei bagun hang selalu kuat asal hang lemah cam sial ni hang kena kuat ......
panggil balik diri hang yang dulu ... hang pasti boleh ..... pasti boleh yakin pada diri hang....... panggil diri hang yang dulu hang pasti boleh.........

Selasa, 17 Mac 2009

SUATU PEKARA YANG MEMBOSANKAN AKU......

Bagi aku pekara yang amat membosankan aku adalah duduk sahaja tampa membuat apa-apa.
Aku rasa sem ni adalam sem yang paling membosan kan aku kerana kurangnya aktiviti yang aku buat. Asik duk bilik megadap lap top kesayangan aku duk bilik..... duk bilik.... duk bilik n duk bilik itulah rutin harian aku . Aku dah kurang mengeluarkan diri aku ke dunia luar mukin rasa malas hehehehhehe..... macam per tah.......


APAKAH PEKARA YANG BOLEH MENGHILANGKAN BOSAN...


-STUDY
(ah aku rasa takda mood nak stdy)
-GAME (aku rasa dah muak)
-CHAT (hari2 aku chat bosan jugak)
-SMS ( pun hari2 sms bosan jugak)
-JALAN2 ( dah taktau nak pg maner)
-ASSGMNT (ah tiba-tiba sakit kepala)
-DATE (ermmm tak kut sbb aku single)
-MELANCONG ( kekurangan fulus kalau tak aku dah pi dah )
-SHOPPING (tak kut sbb aku ni tak suka shopping )
-WAYANG (ok gak tapi selalu sorg2 jer pi tgok bosan jugak)


JADI APE JALAN PENYELESAIYANNYA??? AKU MASIH TAK JUMPA JALANNYA LAGI....... ADAKAH JALAN LURUS ATAU JALAN BERSIMPANG YANG PASTI AKU MASIH TIDAK MENJUMPAINYA............